Wednesday, December 11, 2019

surat untuk Tuhan;

Kerna engkau mendengar, maha pengampun and sebaik perancang,

Semoga engkau mengampuni dosaku dan orang-orang di sekelilingku,
Mengurniakan segala kebaikan dan keberkatan di dunia dan juga akhirat,
Semoga engkau menerima segala ibadah yang kami lakukan buat bekalan di sana nanti,
Tetapkan kedua kaki kami di jalanmu;
jasad yang sentiasa melakukan kebaikan;
hati yang tidak pernah jemu dalam mengenali dan mengingati agamanya. 

Titipkan lah rasa sayang, kesabaran dan ikhlas dalam setiap perkara yang dilakukan,
Semoga hati ini terus dididik untuk terus melakukan kebaikan tanpa mengharapkan apa-apa dari manusia lain; cuma rahmat & kasih daripadamu sahaja.

Terima kasih;
atas segala nikmat yang telah engkau kurniakan sepanjang mana jasad ini bernyawa di muka bumi ini.
Semoga pengakhiran kami dalam keadaan yang baik.

Terima kasih kerana selalu ada. 


No comments:

Post a Comment