Kalau diputarkan balik masa, aku kira sekitar tahun-tahun masih di bangku sekolah menengah lagi (masih tidak dapat pinpoint the exact year) buku bersaiz notebook A5 yang punya gambar seorang lelaki berkemeja putih polos, berjambang bersama anaknya yang memakai sehelai dress klasik - terus disambar olehku, secara impulsif. Rasanya di reruai Dubook Press, Pesta Buku Antarabangsa KL. Kerana pada masa itu, bagi tampak lain dari yang lain dan mahu menjejakkan kaki ke arena anak-anak indie itu, kita haruslah mengangkat karya-karya alternatif. Sophie Kinsella? Stephenie Meyer? J.K Rowling? Ah, itu semua karya karya mainstream lagi mengkhayalkan. Mana mungkin hidup begitu indah seperti dicanang-canangkan oleh mereka. Mind you, this was me years back - angsty teenager trying to look 'cool'. Kisah beberapa tahun yang lalu ini merupakan sebuah pertemuan pertama dengan watak yang bernama Junaidi, Ranum dan teman baik mereka, Saigon.
****
2022 - Bercakap Dengan Jun kini hadir dengan dua bahagian. Bahagian 1 dan sambungannya Bahagian 2. Pada muka surat terakhir bahagian 1, satu macam perasaan tatkala bola mata tertumpu pada perkataan terakhir. "Peh, I didn't recall the feeling was like this years back." Saya kira, itulah manusia ya. Selain daripada umur meningkat, gaya pemikiran juga turut mengalami proses evolusi. I can only recall how frustrated at that time kerana jalan ceritanya yang tergantung sepi yang puncanya atas satu salah faham sahaja. Apa nasib Junaidi, si kambing hitam dan apa akan terjadi kepada si kecil Ranum? Kenapa, sedang apa dan dimana?
Saat memasuki bahagian 2 pula, permulaan cerita yang slow dan steady. Terjawab persoalan utama sejak sekian lama - di mana keberadaan Junaidi dan Ranum selama ini. Terasa seperti Junaidi dan Ranum mendewasa seiringan dengan pembaca. Di sini terdetik pula persoalan jika segala kekalutan tidak berlaku di bahagian 1, apakah Junaidi akan 'mengurung' Ranum selamanya di Cekur Manis? Walau mengetahui Ranum itu tinggi sifat ingat tahunya. Selepas itu dibawa pula meniti sehingga tiba di puncak. This is where I'd say Mat Gorn dan specialty nya. Level plot-twist tidak dibuat-dibuat - dijamin tersentak jantung buat beberapa milisaat. Di sini Mat Gorn mengingatkan kembali betapa kecilnya dunia ini. Penamatnya? Terjawab segala persoalan, watak-watak dalam BDJ juga telahpun mendapat pengakhiran yang sewajarnya - walaupun terasa sedikit 'rushing' towards the end.
Pendek kata, Junaidi, Ranum, Saigon, Naurah dan Lily telah mengajar diri ini bahawa rasa sayang dan cinta pada sesorang itu boleh terbit pada bila-bila masa sahaja -- tanpa perlu ada alasan yang kukuh mahupun the right timing. Know know surprise! Rasa ini adalah kurnia dari yang Esa dan beruntunglah pada mereka yang Tuhan pinjamkan sebentar nikmat kecil ini.
No comments:
Post a Comment